Wednesday, July 23, 2008

Empat Abu

Allah dah buat keputusan kejayaan manusia hanya dalam agama.Taat perintah Allah dan ikut sunah Rasulullah SAW.Nabi SAW telah ditawarkan macam-macam kemewahan supaya tinggalkan usaha agama kepada manusia.Tapi itu semua sikitpun tak tinggalkan kesan atau kekesalan dalam hati nabi SAW.Malahan nabi SAW terus membuat usaha agama.Allah juga pernah bagi option kat nabi SAW sama ada nak jadi nabi yang ada kerajaan besar(macam nabi Sulaiman a.s)atau satu orang nabi yang tidak punya apa-apa(macam nabi Isa a.s),dan nabi SAW telah buat keputusan untuk pilih pilihan yang kedua.Kerana apa?kerana nabi SAW tahu bahawa dunia ini sedikit pun tak ada nilai.Dunia ini memang sedikit pun tak ada nilai disisi Allah pada hari pembalasan nanti.Kalau dunia ini ada nilai sudah pasti orang-orang kapir nak dapat makan pun susah,apatah lagi nak mendapat kemewahan dunia yang banyak dimonopoli oleh mereka. Tapi bila umat hari ini nak buat usaha agama dan ketepikan dunia seketika(cuti 4 bulan atau 40 hari) mereka ini biasanya akan diberi cop BANGANG! oleh orang-orang disekeliling mereka.Itu semua bukan salah diaorang tapi salah kita gak sebab tak buat kerja ni betul-betul,sebab tak jumpa dia orang bagi dia orang tu paham tentang usaha agama nie..(walaupun kita dah jumpa tapi diaorang tetap tak paham-paham gak)"ALLAH KUASA MAKHLUK TAK ADA KUASA.

Bila semua orang ada kefahaman tentang usaha agama nie dan bersama-sama buat usaha agama,pasti dan pasti nusrah Allah akan bersama orang islam.TAPI! bila kita tak buat usaha agama bukankan nusrah Allah malahan AZAB Allah akan bertimpa-timpa kena kat orang Islam.Skang nie dah banyak sangat contoh AZAB Allah menimpa orang-orang islam,tapi kita tetap tak nak paham-paham..Allah dah tanamkan perasaan gentar dalam hati orang islam bila melihat kekuatan orang kapir LAKNAT.Israel sebuah bumi yang kecik kalau nak bandingkan dengan negara-negara arab tu pun negara arab masih takut nak attack mereka.Alasannya takut kalau Amerika backing israel.kalau dulu sahabat 313 orang dengan senjata batang pohon tamar boleh slumber menang lawan pelampau-pelampau kafir yang jumlahnya sama dengan beribu-ribu lemon yang bersenjata pedang besi(bukan pedang kayu ya saudara-saudara).Tapi sebab iman mereka tinggi,nusrah Allah bersama mereka.

Bila Nabi Muhammad SAW buat usaha agama,Islam berkembang.Lepas nabi SAW wafat khalifah-khalifah yang lain masih tetap buat usaha atas agama,Islam terus maju sampai boleh takhluk 2/3 dunia.Tapi bila kita tinggalkan usaha agama,lebih memberatkan usaha-usaha lain Islam terus jatuh.Sampaikan hari ini usaha agama ini dipandang sepi dan serong oleh orang-orang Islam hari ini.Macam-macam tohmahan dan fitnah di lemparkan pada usaha agama nie.Usaha agama nie sangat penting tuan-tuan,pokcik mokcik semua.Usaha agama nie usaha Nabi SAW.Semua orang kena ambik tanggungjawab.Bukan suka-suka nak senang lenang ngan anak bini kat umah sampai mati.Orang melayu selalu BILANG sayang bini tinggal-tinggalkan,sayang anak rotan-rotankan.Dah betullah tu jangan ubah-ubah lagi.

Tapi,
Bila kita buat usaha agama nie kita akan berjumpa dengan 4 macam ABU.(Antum semua perasan tak?)
yang pertama:Abu Bakar.
"baguslah usaha nie,bila nak kluar.aku azam lah keluar minggu depan.Pesal dari
dulu lagi tak bagi tahu."

yang kedua:Abu Talib.
"bagus memang bagus usaha kamu nie.tapi takper lah kau jer lah buat,pakcik ni tak
mampu.

yang keTiga:Abu Sufian.
"Apalah korang nie,tak ada kerja lain ker.Tinggal anak bini,saper nak bagi MAkan?
(beberapa bulan kemudian)
Aku terkesan lah ngan korang nie,aku pun nak keluar sesama ngan korang boleh?"
Kita pun apalagi"masya-Allah,apa plak tak bleh bagus lah macam tu,bila nak
kluar?"(saham akhirat gak tu,MLM lagi)

yang keEmpat:Abu Jahal.
"Apehal korang nak ajak aku buat dakwah plak nie,ko ingat aku nie jahil sangat
ker,kurang Ajar korang ni semua kan,kalau aku kira sampai lapan korang ada
depan umah aku lagi aku parang kepala korang ni sorang-sorang.

Karkun lama said:"(senyum jer")

Karkun baru said:"Insya-Allah lah pakcik,kami semua nie memang tak takut mati,segera
insya-Allah."

Karkun bongok said:"belum tahu lagi kepala saper yang kena pakuk pakcik"
(ada ker karkuzari kes macam nie,Jangan cemar duli Wo)

(Walaupun kadang-kadang ada gak jumpa yang macam Abu Jandal dan Abu Basir,tapi tak ramai lah)

Jadi kita yang Allah dah pilih nie kena bersyukur lah dan azam lah sungguh-sungguh nak buat kerja agama nie mati-mati sampai mati dan tak ada lagi.Paling tak pun buat lah separuh nak mati.Tapi janganlah buat kerja ni ikut suka hati.Sebab bila kita main-main takut nanti Allah tarik balik hidayah pastu bagi kat orang lain.Rugi mei!!rugi dunia dan akhirat.

usaha agama yang dimaksudkan ialah=Dakwah dan tabligh.(cara nabi SAW.Bukan cara kepala
hotak sendiri)

3 comments:

Dr. Bentara said...

gua buat kerja on off tu kira kerja suka hati ke macamana? Kasi doa sama gua eh... lu nak dakwah dengan gua kasih sayang tau... ;)

azharjaafar said...

1.Abu Bakar; dalam hati ada keinginan untuk hidayat. Allah beri hidayat dan sanggup korban seluruh diri dan harta untuk bantu Nabi.

2.Abu Tolib; dalam hati TIADA keinginan untuk hidayat. Allah tak beri hidayat walaupun sanggup korban diri dan harta untuk Nabi.

3.Abu Sufian; penentang kerja Nabi. Dapat hidayat kerana hidayat telah di'am'kan dan sempat hidup hingga zaman tu.

4.Abu Jahal; juga penentang kerja Nabi. Tak dapat hidayat kerana mati sebelum hidayat di'am'kan.

zarch said...

Asalamualaikum...
Port sekejap diblog Huzaifah, masyallah..salam taaruf dari saya..