Sunday, September 7, 2008

Cerita kosong

Alhamdulillah lah hidup lagi hari nie..Lama dah tak menulis dalam blog nie sebab sibuk sangat ngan dunia.Kerja!kerja! kerja! selagi belum tutup mata hari-hari kerja..Kalau tak kerja nak makan apa?insya-Allah bukan kerja bagi makan tapi Allah yang bagi makan..







Malam nie aku terawih 8 rakaat jer.tapi Al-hamdulillah lah lima waktu sembahyang dapat jaga berjemaah.satu sembahyang sunat Allah bagi pahala satu pahala sembahyang fardu masa bulan ramadhan nie.satu Amalan fardhu Allah ganda 70 kali.Pastu berjemaah plak Allah bagi 27 kali lebih baik,pastu bersugi plak sebelum wudhuk 70 kali lebih baik dari yang tak bersugi,pakai kurta/jubah lebih lagi,pakai serban pun pahala lebih lagi(ana dah lupa fazail serban lah)pastu dah khawin plak berkali-kali lagi pahala.Masya-Allah maha kaya Allah yang hari ini bagi nikmat beragama dalam kehidupan kita hari ini..Kalau semua orang boleh nampak ganjaran pahala yang banyak gila nie masya-Allah tak ada dah orang gila yang sanggup pergi kerja keluar rumah pukul 6 pagi balik 8 malam...








Sentuh sikit pasal sembahyang terawih kat surau tempat aku tu masa 1st night ari tu..PERGHH!! macam ikan sardin...memang sembahyang saf rapat gila sampai ada yang tak dapat masuk... satu saf kat surau tempat aku boleh isi 25 orang,25 kali lima saf=125,125+imam=126..pergh sold out..(purata lah tu)..aku pun tak kira sebenarnya ada berapa orang masa tu..tapi yang ironinya masa sembahyang subuh.zohor,asar dan maghrib hampir 98.5% gagal menghadirkan diri termasuk lah aku kadang-kadang....sebenarnya masyarakat kita hari ini tidak tahu akan kepentingan dan betapa besarnya hukum sembahyang berjemaah dan yang dah tahu plak masih buat-buat tak tahu akan kepentingan solat berjemaah(aku insaf)..jadi tanggungjawab saper sebenarnya nak bagi paham akan kelebihan solat berjemaah ni?Tanggungjawab saper yang dah paham lah....









Tadi baru cerita pasal terawih,kalau sembahyang sunat aidilfitri lagi lah tak cukup tempat kat surau taman aku tu..Dengan kebanjiran ramai foreigner dari Bangla memang surau tu tak mampu nak menampung kehadiran jemaah seramai itu..Dah macam ijtima tongi plak.tapi jemaah tempatan pun ramai gak dan kutbah masih disampaikan dalam bahasa malaysia sepenuhnya.Macam tahum lepas,sembahyang sampai kat luar ruang surau dan masih ramai yang tak dapat sembahyang sunat aidilfitri termasuk aku yang datang lambat dan taksub berborak ngan kengkawan yang dah lama tak jumpa.. tapi cerita ini macam biasa lah,aleh-aleh


zohor,asar.maghrib,isyak dan subuh lengang balik..kalau kerajaan nak keluar peruntukan besarkan surau sebab surau nie tak dapat tampung jemaah masa musim puasa ngan raya nie,aku rasa tak payah lah..mengabihkan bogheh yo...




Jadi macam tu lah serba sedikit ragam penduduk-penduduk kat taman tempat aku tinggal tu dan aku rasa kat taman-taman atau kampung2 kau orang tinggal pun situasi nya lebih kuang sama jer..Aku pun tak tahu bila lah surau dan masjid lat malaysia nie akan mencapai objektif pembinaannya.Adakah hanya bila solat terawih,raya dan jumaat sahaja ataupun dengan kehadiran menteri-menteri besar dengan ahli-ahli exco nya atau pun sebab rumah semua dah hancur kena banjir atau tsunami..



Jadi bersama lah kita doakan semoga semua orang dapat amalkan satu sunah nabi SAW yang paling besar iaitu sembahyang Berjemaah.

















2 comments:

رضاءالدين صالح said...

doa...lagi n lagi..
ikram dan doa..nsyaAllah

azharjaafar said...

Jadilah orang yang bijaksana.

1 sunat dpt 1 fardu.
1 fardu dpt 70 fardu.

Oleh itu;
20 rakaat sunat terawih berjemaah (20 x 1),
dpt 20 rakaat fardu berjemaah.
3 rakaat fardu maghrib berjemaah (3 x 70),
dpt 210 rakaat fardu berjemaah.