Monday, July 14, 2008

Cemburu Ya!

Hazrat Umar r.a menceritakan"pada suatu hari Rasulullah SAW telah mengarahkan kami untuk mengorbankan harta di jalan Allah.Kebetulan pada masa itu saya mempunyai sedikit harta.Saya telah berkata sendirian"kebetulan pada ketika ini aku mempunyai sedikit harta,sekiranya ada peluang untuk aku mengatasi Hazrat Abu Bakar r.a,maka inilah masanya".

Setelah berfikir demikian ,dengan perasaan gembira saya pulang kerumah dan saya telah membawa separuh daripada harta yang ada dirumah.
Rasulullah SAW telah bertanya,"apakah yang telah kamu tinggalkan untuk keluarga kamu?"
saya telah menjawab "ada sedikit''
Rasulullah SAW bertanya lagi"berapa yang kamu tinggalkan?"
saya menyatakan "saya tinggalkan separuh"

Hazrat Abu Bakar siddiq r.a telah membawa kesemua harta yang ada didalam rumah beliau.Rasulullah SAW telah bertanya ,"Abu Bakar apa kah yang telah kau tinggalkan untuk keluarga mu?
beliau menjawab"saya telah tinggalkan Allah dan rasulNya untuk mereka" yakni beliau telah tinggalkan Allah dan rasul serta keredaaNya untuk keluarga beliau.

Hazrat Umar r.a berkata"sekali-kali saya tidak akan dapat mengatasi Abu Bakar r.a.

Keterangan:berusaha mengatasi orang lain dalam kebaikan adalah sangat baik dan digalakkan.Dorongan tentang hal ini juga terdapat dalam Al-Quran.peristiwa di atas berlaku semasa persiapan perperangan tabuk.Pada masa itu,Rasulullah SAW telah mendorong para sahabat secara khusus untuk menderma .Para r.hum bukan sahaja memberi bantuan setakat yang mampu malah telah memberi melebihi kemampuan mereka.

Fikir sejenak:macam tu lah pengorbanan sahabat-sahabat dalam agama.Hari ini kita baru di minta bahagi masa dan harta untuk agama.Itu pun kita dah rasa sangat berat.Malahan ada segelintir umat,dah lh tak nak bagi masa dan harta untuk agama malahan menentang pulak usaha agama.Macam-macam alasan dan tohmahan di beri pada orang yang buat usaha agama.Tinggal anak bini lah,tak berkerja lah,tak ada duit simpanan untuk masa depan lah dan macam lagi-lagi tanggapan negatif pada manusia yang buat usaha agama ini.Sahabat-sahabat r.hum bukan sahaja sedia bagi masa dan harta untuk agama malahan sanggup bagi nyawa untuk agama.kalau kita nak bagi masa dan harta pun berat,agak-agak sedia tak bagi nyawa.cuba fikir-fikir balik.

No comments: