Friday, September 26, 2008


Hari ini bila bukak jer online news banyak cerita pasal mati.Mati kena tembak,mati eksiden,mati mengejut(bunuh diri) dan banyak lagi jenis mati.Ini semua dalam ketetapan Allah swt yang maha esa.Kita pun tak tahu lagi cara kita mati macam mana,kat mana kita mati,hari apa kita mati atau pukul berapa kita mati.Semua itu hanya Allah swt yang maha kaya jer tahu.Hari ini kat selangor berapa puluh orang mati,kat kelantan berapa orang mati,kat johor berapa orang jadi arwah kat sabah berpuluh orang tak nak mati pun mati,kat USA beribu-ribu orang mati satu hari,kat brazil pun sama,kat pakistan dan iraq tak payah cerita lah juga ramai mati,mati cara berjemaah pun ada iaitu mati secara beramai-ramai,macam2 cara mati ada,mati kena gantung pun ada.(Semoga kita mati masa tengah keluar dijalan Allah.) Tapi kenapa kita yang masih hidup nie masih buat ibadah macam nak mati seribu tahun lagi dan hidup pun seribu tahun lagi.


Kita dah hidup maksudnya sama juga kita takkan lahir semula untuk buat buku baru.Bila dah mati buku tutup.Bila kita hidup yang paling hampir dengan kita bukan hari pembalasan atau meniti titian sirat,yang paling hampir dengan kita ialah mati.Tapi itu pun kita masih tak nak ambil ikibar.Kubur hari2 panggil kita.Kita masih belum persiapan untuk mati.Kita lebih banyak buat persiapan untuk hari tua.Kita lebih banyak buat persiapan untuk masa depan anak2 kita.Kita lebih banyak menabung dalam pelbagai-bagai amanah saham dan pelaburan dunia untuk masa depan.Kita lupa kubur sedang menanti.Kita lupa betapa dashatnya sakaratul maut dan betapa dashatnya siksa kubur bagi orang2 yang tak ada bekalan untuk hari mati.


Seorang bayi kecil dengan kekuasaan Allah akan menjadi seorang kanak2,dan jika panjang umur lagi akan menjadi seorang remaja.Selepas itu Allah jadikan remaja itu sebagai dewasa dan suka tidak suka Allah paksa orang dewasa menjadi TUA dan selepas itu sebagaimana janji Allah mahu tidak mahu semua akan dipaksa untuk MATI.Adakah anda telah bersedia sebagaimana sahabat r.a telah bersedia.Adakah anda telah bersedia sebagaimana daei2 Allah yang lain telah bersedia atau adakah anda masih dalam keadaan belum bersedia.Apapun jawapan anda TUNGGU!! kedatangan malaikat maut menjemput anda.TuNGGu!!!!!!!!!!!!!

Sunday, September 21, 2008

Doakan ana..

Hari ini dah masuk ke peringkat 2/3 ramadhan.Surau kat tempat aku pun dah mula lengang masa sembahyang terawih.Tinggal 2 saf lebih jer.Aku plak kekadang pun miss gak lepas sembahyang isyak terus cabut sebab perut dah padat melantak sampai tak ingat ada hari pembalasan dan lupa ada neraka tengah tunggu umat Muhammad Saw.Kalau aku ingat mesti aku tak makan banyak camtu dah kalau aku tak lupa mesti aku sembahyang terawih 20rakaat walaupun aku sedang sakit tenat.

Woh lupa nak citer nak pasal semalam(sabtu).Aku lupa ada jemaah foreign(pakistan) masuk marhalah aku.Aku yang kononya letih puasa nie tertidur lah masa sembahyang zohor.Maksudnya aku tak sembahyang zohor secara berjemaah yang macam mana Nabi saw buat ngan sahabat r.a buat.Dan tak lama lepas tu mak aku kejut kan dan kata ada kawan aku panggil kat luar.Aku yang tengah pakai seluar tak berapa nak tutup aurat dengan muka sembam baru bangun tido pun terus keluar tanpa tengok waktu kat malaysia ni dah pukul berapa.Sampai jer kat luar aku tengok 2 kawan aku yang aku kenal ngan 2 lagi yang aku tak kenal tengah tunggu aku dengan muka berseri-seri siap pakai kurta putih satu set full sunah sambil senyum-senyum kambing kat aku dan terus bagi salam.Aku pun ngan muka yang penuh taik kat mata pun jawab ngan selamber sambil tengok jam kat dinding yang dah dekat pukul 3 petang waktu malaysia ngan hongkong tu.Aku?apalagi cecepat masuk dalam balik capai apa yang sempat nak tutup aurat.Diaorang tu datang biasa lah hari pertama nak jumpa pemuka2 tempatan ngan karkun tempatan.2 orang tu kawan aku yang sorang lagi jemaah pakistan dan sorang lagi tu nama dia lokman hakim jemaah tempatan yang joint jemaah tu khuruj.malunya aku masa tu sebab tak datang sambut kedatangan tetamu Allah kat tempat aku dan malu sebab tak sembahyang zohor ngan diaorang.Itu baru malu sesama mahkluk,malu dengan Allah?malu lah sangat.Jemaah yang masuk nie ada 5 orang rakyat pakistan dan 4 orang jemaah malaysia salah sorangnya ialah maulana Hamid dari markaz sri petaling.Ada yang tak kenal tak?kalau tak kenal meh datang nusrah kat beranang.

Jadi dalam keadaan iman yang dah mula goncang atau lemah nie kita memang kena charge balik.Macam mana nak charge?kita kena duduk dalam taman-taman syurga.Apa taman2 syurga?taman2 syurga ialah majlis2 ilmu sebagaimana hadis nabi SAW.suasana yang banyak cerita kebesaran Allah,suasana iman dan majlis yang sewaktu dengannya.Lagi satu taman syurga ialah bila seorang mukmin dah mati nanti.Kubur mereka akan jadi taman2 syurga sampai hari mereka dibangkitkan dan bagi orang yang kufur mereka akan dapat taman2 neraka yang dah macam zoo sebab dalam tu ada banyak binatang yang berbiasa.Nauzubillah min dzalik.

Syukur pada Allah yang mana hari ini dengan taufik hidayahnya telah beri aku nikmat agama dan telah beri aku satu kerja yang semua nabi a.s dan sahabat buat.Cuma masalahnya aku ni aja yang memain nak buat.Aku tak sungguh2buat kerja agama nie.Aku seronok dengan dunia yang dah kena cerai ngan Hazrat Ali r.a.Aku terkesan dengan isi dunia yang sementara nie yang mana aku tengok dah ramai tinggalkan(mati) dan tak bawak harta,saudara,anak dan isteri skali.Walaupun dunia aku ni fakir dan nampak x der harapan cerah nak potong carta dody al-fayed aku syok lagi nak kejar dunia nie.Buduhnya aku.Kalau lah orang2 yang dah mati tu bleh bagi tahu sesuatu mesti banyak targhib diaorang bagitahu aku.Aku azam lah lepas nie aku nak ceraikan myspace aku,friendster dan YM.Blog ni pun sama.Kerja aku pun kena kaji balik.Kena jadi Boss sendiri macam Azharjaafar baru senang nak minta cuti bagi masa keluar jalan Allah.

Doa lah untuk ana semua..

Thursday, September 11, 2008

Nafsu dan Iman(ala-ala sajak)

NAFSU DAN IMAN.
Semalam aku masih teringat lagi bahagia bersamamu,
Kita bagai merpati sejoli bebas menerobos awan luas tanpa sekatan,
Saat itu kita begitu gembira sehingga lupa ada hari pembalasan,
Sehingga lupa adanya tuhan.

Nafsu remaja menguasai jiwa-jiwa yang lemah akidah,
Kita hanyut dalam gelora kasih,
Bisikan azazil meresapi pembuluh darah
Akhirnya aku tewas dipelukan Hawa.

Remaja bertukar dewasa,dan aku masih bernafas,
Nyawa belum kekerongkongan
Masih ada waktu menebus dosa-dosa
Dengan taubat di kaki malam,Kupertaruhkan isgtighfarku.

Aku mula melihat besar nya sahabat-sahabat(r.anhum),
Besar amalannya dan mujahaddahnya
Besarnya pegangan sunnahnya
Besar cintanya pada Rasul dan KhaliqNya
Fikirku ku kini terkesan
Hanya Allah cinta abadi

Biarlah ku pimpin tanganmu,mencari redha Allah
Dengan bimbingan kalamullah dan Al-hadis
Kita susuri bahagia Ahmad dan humairah
Walaupun penuh kezuhudan
Pasti dan pasti bahagia penuh kejayaan
Menuju Akhirat abadan abada..

WANADIA’IRMANURI-Beranang,ramadhan2008.

Sunday, September 7, 2008

Cerita kosong

Alhamdulillah lah hidup lagi hari nie..Lama dah tak menulis dalam blog nie sebab sibuk sangat ngan dunia.Kerja!kerja! kerja! selagi belum tutup mata hari-hari kerja..Kalau tak kerja nak makan apa?insya-Allah bukan kerja bagi makan tapi Allah yang bagi makan..







Malam nie aku terawih 8 rakaat jer.tapi Al-hamdulillah lah lima waktu sembahyang dapat jaga berjemaah.satu sembahyang sunat Allah bagi pahala satu pahala sembahyang fardu masa bulan ramadhan nie.satu Amalan fardhu Allah ganda 70 kali.Pastu berjemaah plak Allah bagi 27 kali lebih baik,pastu bersugi plak sebelum wudhuk 70 kali lebih baik dari yang tak bersugi,pakai kurta/jubah lebih lagi,pakai serban pun pahala lebih lagi(ana dah lupa fazail serban lah)pastu dah khawin plak berkali-kali lagi pahala.Masya-Allah maha kaya Allah yang hari ini bagi nikmat beragama dalam kehidupan kita hari ini..Kalau semua orang boleh nampak ganjaran pahala yang banyak gila nie masya-Allah tak ada dah orang gila yang sanggup pergi kerja keluar rumah pukul 6 pagi balik 8 malam...








Sentuh sikit pasal sembahyang terawih kat surau tempat aku tu masa 1st night ari tu..PERGHH!! macam ikan sardin...memang sembahyang saf rapat gila sampai ada yang tak dapat masuk... satu saf kat surau tempat aku boleh isi 25 orang,25 kali lima saf=125,125+imam=126..pergh sold out..(purata lah tu)..aku pun tak kira sebenarnya ada berapa orang masa tu..tapi yang ironinya masa sembahyang subuh.zohor,asar dan maghrib hampir 98.5% gagal menghadirkan diri termasuk lah aku kadang-kadang....sebenarnya masyarakat kita hari ini tidak tahu akan kepentingan dan betapa besarnya hukum sembahyang berjemaah dan yang dah tahu plak masih buat-buat tak tahu akan kepentingan solat berjemaah(aku insaf)..jadi tanggungjawab saper sebenarnya nak bagi paham akan kelebihan solat berjemaah ni?Tanggungjawab saper yang dah paham lah....









Tadi baru cerita pasal terawih,kalau sembahyang sunat aidilfitri lagi lah tak cukup tempat kat surau taman aku tu..Dengan kebanjiran ramai foreigner dari Bangla memang surau tu tak mampu nak menampung kehadiran jemaah seramai itu..Dah macam ijtima tongi plak.tapi jemaah tempatan pun ramai gak dan kutbah masih disampaikan dalam bahasa malaysia sepenuhnya.Macam tahum lepas,sembahyang sampai kat luar ruang surau dan masih ramai yang tak dapat sembahyang sunat aidilfitri termasuk aku yang datang lambat dan taksub berborak ngan kengkawan yang dah lama tak jumpa.. tapi cerita ini macam biasa lah,aleh-aleh


zohor,asar.maghrib,isyak dan subuh lengang balik..kalau kerajaan nak keluar peruntukan besarkan surau sebab surau nie tak dapat tampung jemaah masa musim puasa ngan raya nie,aku rasa tak payah lah..mengabihkan bogheh yo...




Jadi macam tu lah serba sedikit ragam penduduk-penduduk kat taman tempat aku tinggal tu dan aku rasa kat taman-taman atau kampung2 kau orang tinggal pun situasi nya lebih kuang sama jer..Aku pun tak tahu bila lah surau dan masjid lat malaysia nie akan mencapai objektif pembinaannya.Adakah hanya bila solat terawih,raya dan jumaat sahaja ataupun dengan kehadiran menteri-menteri besar dengan ahli-ahli exco nya atau pun sebab rumah semua dah hancur kena banjir atau tsunami..



Jadi bersama lah kita doakan semoga semua orang dapat amalkan satu sunah nabi SAW yang paling besar iaitu sembahyang Berjemaah.

















Wednesday, July 23, 2008

Empat Abu

Allah dah buat keputusan kejayaan manusia hanya dalam agama.Taat perintah Allah dan ikut sunah Rasulullah SAW.Nabi SAW telah ditawarkan macam-macam kemewahan supaya tinggalkan usaha agama kepada manusia.Tapi itu semua sikitpun tak tinggalkan kesan atau kekesalan dalam hati nabi SAW.Malahan nabi SAW terus membuat usaha agama.Allah juga pernah bagi option kat nabi SAW sama ada nak jadi nabi yang ada kerajaan besar(macam nabi Sulaiman a.s)atau satu orang nabi yang tidak punya apa-apa(macam nabi Isa a.s),dan nabi SAW telah buat keputusan untuk pilih pilihan yang kedua.Kerana apa?kerana nabi SAW tahu bahawa dunia ini sedikit pun tak ada nilai.Dunia ini memang sedikit pun tak ada nilai disisi Allah pada hari pembalasan nanti.Kalau dunia ini ada nilai sudah pasti orang-orang kapir nak dapat makan pun susah,apatah lagi nak mendapat kemewahan dunia yang banyak dimonopoli oleh mereka. Tapi bila umat hari ini nak buat usaha agama dan ketepikan dunia seketika(cuti 4 bulan atau 40 hari) mereka ini biasanya akan diberi cop BANGANG! oleh orang-orang disekeliling mereka.Itu semua bukan salah diaorang tapi salah kita gak sebab tak buat kerja ni betul-betul,sebab tak jumpa dia orang bagi dia orang tu paham tentang usaha agama nie..(walaupun kita dah jumpa tapi diaorang tetap tak paham-paham gak)"ALLAH KUASA MAKHLUK TAK ADA KUASA.

Bila semua orang ada kefahaman tentang usaha agama nie dan bersama-sama buat usaha agama,pasti dan pasti nusrah Allah akan bersama orang islam.TAPI! bila kita tak buat usaha agama bukankan nusrah Allah malahan AZAB Allah akan bertimpa-timpa kena kat orang Islam.Skang nie dah banyak sangat contoh AZAB Allah menimpa orang-orang islam,tapi kita tetap tak nak paham-paham..Allah dah tanamkan perasaan gentar dalam hati orang islam bila melihat kekuatan orang kapir LAKNAT.Israel sebuah bumi yang kecik kalau nak bandingkan dengan negara-negara arab tu pun negara arab masih takut nak attack mereka.Alasannya takut kalau Amerika backing israel.kalau dulu sahabat 313 orang dengan senjata batang pohon tamar boleh slumber menang lawan pelampau-pelampau kafir yang jumlahnya sama dengan beribu-ribu lemon yang bersenjata pedang besi(bukan pedang kayu ya saudara-saudara).Tapi sebab iman mereka tinggi,nusrah Allah bersama mereka.

Bila Nabi Muhammad SAW buat usaha agama,Islam berkembang.Lepas nabi SAW wafat khalifah-khalifah yang lain masih tetap buat usaha atas agama,Islam terus maju sampai boleh takhluk 2/3 dunia.Tapi bila kita tinggalkan usaha agama,lebih memberatkan usaha-usaha lain Islam terus jatuh.Sampaikan hari ini usaha agama ini dipandang sepi dan serong oleh orang-orang Islam hari ini.Macam-macam tohmahan dan fitnah di lemparkan pada usaha agama nie.Usaha agama nie sangat penting tuan-tuan,pokcik mokcik semua.Usaha agama nie usaha Nabi SAW.Semua orang kena ambik tanggungjawab.Bukan suka-suka nak senang lenang ngan anak bini kat umah sampai mati.Orang melayu selalu BILANG sayang bini tinggal-tinggalkan,sayang anak rotan-rotankan.Dah betullah tu jangan ubah-ubah lagi.

Tapi,
Bila kita buat usaha agama nie kita akan berjumpa dengan 4 macam ABU.(Antum semua perasan tak?)
yang pertama:Abu Bakar.
"baguslah usaha nie,bila nak kluar.aku azam lah keluar minggu depan.Pesal dari
dulu lagi tak bagi tahu."

yang kedua:Abu Talib.
"bagus memang bagus usaha kamu nie.tapi takper lah kau jer lah buat,pakcik ni tak
mampu.

yang keTiga:Abu Sufian.
"Apalah korang nie,tak ada kerja lain ker.Tinggal anak bini,saper nak bagi MAkan?
(beberapa bulan kemudian)
Aku terkesan lah ngan korang nie,aku pun nak keluar sesama ngan korang boleh?"
Kita pun apalagi"masya-Allah,apa plak tak bleh bagus lah macam tu,bila nak
kluar?"(saham akhirat gak tu,MLM lagi)

yang keEmpat:Abu Jahal.
"Apehal korang nak ajak aku buat dakwah plak nie,ko ingat aku nie jahil sangat
ker,kurang Ajar korang ni semua kan,kalau aku kira sampai lapan korang ada
depan umah aku lagi aku parang kepala korang ni sorang-sorang.

Karkun lama said:"(senyum jer")

Karkun baru said:"Insya-Allah lah pakcik,kami semua nie memang tak takut mati,segera
insya-Allah."

Karkun bongok said:"belum tahu lagi kepala saper yang kena pakuk pakcik"
(ada ker karkuzari kes macam nie,Jangan cemar duli Wo)

(Walaupun kadang-kadang ada gak jumpa yang macam Abu Jandal dan Abu Basir,tapi tak ramai lah)

Jadi kita yang Allah dah pilih nie kena bersyukur lah dan azam lah sungguh-sungguh nak buat kerja agama nie mati-mati sampai mati dan tak ada lagi.Paling tak pun buat lah separuh nak mati.Tapi janganlah buat kerja ni ikut suka hati.Sebab bila kita main-main takut nanti Allah tarik balik hidayah pastu bagi kat orang lain.Rugi mei!!rugi dunia dan akhirat.

usaha agama yang dimaksudkan ialah=Dakwah dan tabligh.(cara nabi SAW.Bukan cara kepala
hotak sendiri)

Monday, July 14, 2008

Cemburu Ya!

Hazrat Umar r.a menceritakan"pada suatu hari Rasulullah SAW telah mengarahkan kami untuk mengorbankan harta di jalan Allah.Kebetulan pada masa itu saya mempunyai sedikit harta.Saya telah berkata sendirian"kebetulan pada ketika ini aku mempunyai sedikit harta,sekiranya ada peluang untuk aku mengatasi Hazrat Abu Bakar r.a,maka inilah masanya".

Setelah berfikir demikian ,dengan perasaan gembira saya pulang kerumah dan saya telah membawa separuh daripada harta yang ada dirumah.
Rasulullah SAW telah bertanya,"apakah yang telah kamu tinggalkan untuk keluarga kamu?"
saya telah menjawab "ada sedikit''
Rasulullah SAW bertanya lagi"berapa yang kamu tinggalkan?"
saya menyatakan "saya tinggalkan separuh"

Hazrat Abu Bakar siddiq r.a telah membawa kesemua harta yang ada didalam rumah beliau.Rasulullah SAW telah bertanya ,"Abu Bakar apa kah yang telah kau tinggalkan untuk keluarga mu?
beliau menjawab"saya telah tinggalkan Allah dan rasulNya untuk mereka" yakni beliau telah tinggalkan Allah dan rasul serta keredaaNya untuk keluarga beliau.

Hazrat Umar r.a berkata"sekali-kali saya tidak akan dapat mengatasi Abu Bakar r.a.

Keterangan:berusaha mengatasi orang lain dalam kebaikan adalah sangat baik dan digalakkan.Dorongan tentang hal ini juga terdapat dalam Al-Quran.peristiwa di atas berlaku semasa persiapan perperangan tabuk.Pada masa itu,Rasulullah SAW telah mendorong para sahabat secara khusus untuk menderma .Para r.hum bukan sahaja memberi bantuan setakat yang mampu malah telah memberi melebihi kemampuan mereka.

Fikir sejenak:macam tu lah pengorbanan sahabat-sahabat dalam agama.Hari ini kita baru di minta bahagi masa dan harta untuk agama.Itu pun kita dah rasa sangat berat.Malahan ada segelintir umat,dah lh tak nak bagi masa dan harta untuk agama malahan menentang pulak usaha agama.Macam-macam alasan dan tohmahan di beri pada orang yang buat usaha agama.Tinggal anak bini lah,tak berkerja lah,tak ada duit simpanan untuk masa depan lah dan macam lagi-lagi tanggapan negatif pada manusia yang buat usaha agama ini.Sahabat-sahabat r.hum bukan sahaja sedia bagi masa dan harta untuk agama malahan sanggup bagi nyawa untuk agama.kalau kita nak bagi masa dan harta pun berat,agak-agak sedia tak bagi nyawa.cuba fikir-fikir balik.