Friday, September 26, 2008


Hari ini bila bukak jer online news banyak cerita pasal mati.Mati kena tembak,mati eksiden,mati mengejut(bunuh diri) dan banyak lagi jenis mati.Ini semua dalam ketetapan Allah swt yang maha esa.Kita pun tak tahu lagi cara kita mati macam mana,kat mana kita mati,hari apa kita mati atau pukul berapa kita mati.Semua itu hanya Allah swt yang maha kaya jer tahu.Hari ini kat selangor berapa puluh orang mati,kat kelantan berapa orang mati,kat johor berapa orang jadi arwah kat sabah berpuluh orang tak nak mati pun mati,kat USA beribu-ribu orang mati satu hari,kat brazil pun sama,kat pakistan dan iraq tak payah cerita lah juga ramai mati,mati cara berjemaah pun ada iaitu mati secara beramai-ramai,macam2 cara mati ada,mati kena gantung pun ada.(Semoga kita mati masa tengah keluar dijalan Allah.) Tapi kenapa kita yang masih hidup nie masih buat ibadah macam nak mati seribu tahun lagi dan hidup pun seribu tahun lagi.


Kita dah hidup maksudnya sama juga kita takkan lahir semula untuk buat buku baru.Bila dah mati buku tutup.Bila kita hidup yang paling hampir dengan kita bukan hari pembalasan atau meniti titian sirat,yang paling hampir dengan kita ialah mati.Tapi itu pun kita masih tak nak ambil ikibar.Kubur hari2 panggil kita.Kita masih belum persiapan untuk mati.Kita lebih banyak buat persiapan untuk hari tua.Kita lebih banyak buat persiapan untuk masa depan anak2 kita.Kita lebih banyak menabung dalam pelbagai-bagai amanah saham dan pelaburan dunia untuk masa depan.Kita lupa kubur sedang menanti.Kita lupa betapa dashatnya sakaratul maut dan betapa dashatnya siksa kubur bagi orang2 yang tak ada bekalan untuk hari mati.


Seorang bayi kecil dengan kekuasaan Allah akan menjadi seorang kanak2,dan jika panjang umur lagi akan menjadi seorang remaja.Selepas itu Allah jadikan remaja itu sebagai dewasa dan suka tidak suka Allah paksa orang dewasa menjadi TUA dan selepas itu sebagaimana janji Allah mahu tidak mahu semua akan dipaksa untuk MATI.Adakah anda telah bersedia sebagaimana sahabat r.a telah bersedia.Adakah anda telah bersedia sebagaimana daei2 Allah yang lain telah bersedia atau adakah anda masih dalam keadaan belum bersedia.Apapun jawapan anda TUNGGU!! kedatangan malaikat maut menjemput anda.TuNGGu!!!!!!!!!!!!!

2 comments:

Pyanhabib said...

selamat hari raya aidilfitri

Ziarah76 said...

semoga akhir kalam kita dapat ucap kalimah